Pernah
dengar atau baca tentang tombong? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah
perkara yang melibatkan golongan wanita bagi yang sudah pernah bersalin.
Walau bagaimanapun, ada pentingnya juga golongan suami mengambil tahu
tentang tombong ini.
Jika si isteri tidak menjaga pantangnya, si suami wajiblah membantunya. Sama-sama menjaga dan bantu membantu agar perkara ini tidak berlaku pada isteri tercinta. Jika tidak dijaga dan tombong terpaksa dipotong, mungkin itulah kali terakhir si isteri mengandungkan zuriat keturunan suaminya.
Kisah keluar tombong (rahim). Semoga menjadi pengajaran kepada semua.
Dulu saya tak pernah tahu 'tombong' itu apa. Bila sebut tombong, saya bayangkan serombong kapal. Rupa-rupanya salah.
KISAH 1
Pertama
kali saya mendengarnya dari mak mentua yang selalu cerita di zaman
kanak-kanaknya dia pernah ternampak seorang nenek yang membasuh pakaian
di tepi sungai sambil mencangkung, akan ternampak tombongnya keluar.
Sambil tertanya-tanya apa yang dilihatnya itu, sambil itu juga tombong
itu berayun ke sana sini seperti buai.
Balik
ke rumah, arwah nenek suami memberitahu mak mentua bahawa itu adalah
tombong. Orang perempuan yang tak menjaga pantang dan yang main-main
dalam pantang, itulah hasilnya.
Sehingga
sekarang mak mentua memang selalu ingatkan tentang keluar tombong ini.
Bagi orang tua dulu, sekali dah keluar tombong, memang tamatlah fungsi
sebagai seorang wanita. Dah tak boleh buat apa. Pergi hospital, potong
saja.
KISAH 2
Boleh
kongsi bagaimana anda berpantang? Apa pendapat mak dan orang sekeliling
anda tentang berpantang selepas bersalin? Wajib atau mengada-ngada atau
kolot?
Kisahnya,
ada seorang sahabat baik arwah ayah yang merangkap sahabat baik
keluarga adalah seorang pakar urut saraf. Pakcik Hassan namanya, menetap
di Gombak. Pakcik Hassan buka tempat urutan saraf. Arwah mak kepada
Pakcik Hassan pula memang seorang bidan tersohor. Jadi secara tidak
langsung, Pakcik Hassan cerita yang dia banyak juga belajar dari mak dia
tentang orang perempuan.
Untuk
pengetahuan, Pakcik Hassan tak buat urutan bersalin. Hanya mengurut
bagi mereka yang terkena slipdisc, jatuh, lumpuh dan kes-kes kritikal
yang lain sahaja.
Satu
hari, dari biliknya rumah sewanya yang sederet dengan pelajar UIA lain,
Pakcik Hassan terhidu bau sesuatu. Makin lama makin kuat, kembang
kempis hidung dia menahan bau itu. Sangat kuat, baunya seperti bangkai
seperti membuatkan dia mengalami pening kepala.
Tiba-tiba
pintu bilik diketuk awal. Biasanya Pakcik Hassan akan menunggu isteri
datang menemankan dia mengurut sampai malam. Waktu mengurut belum
bermula lagi ketika waktu pintu diketuk.
Dibuka
pintu, tengok ada seorang perempuan muda dan ibunya datang. Perempuan
itu menangis-nangis menahan kesakitan. Bau busuk pada ketika itu memang
sangat tajam dan teruk! Dah tak terkata apa, cuma perkataan minta tolong
sahaja dari perempuan muda ini yang berusia 21 tahun.
Menurut
ibunya, anaknya sudah tidak mampu menangis sakit dan menangis kerana
keluar tombong. Bau tadi rupanya hasil dari tombong terkeluar tadi.
Bayangkan betapa busuknya bau sampai dari jauh pun boleh terhidu.
"Pantang macam mana?" soal Pakcik
Hassan.
Tahu apa perkataan pertama yang keluar dari mulut dia?
"Dia
memang tak hirau cara berpantang yang betul. Bagi dia, berpantang itu
sangat kolot, old fashion dan mengada-ngada. Jadi disebabkan mahu
menyenangkan dia, malas jaga anak ketika dalam pantang, dia beli saja
makanan di kedai luar. Mi goreng, nasi goreng, sup sayur, ayam goreng
dan pelbagai lagi. Bagi dia, asalkan anak kenyang, bayi cukup susu,
sudah," kata ibunya.
"Suaminya mana?" soal Pakcik Hassan lagi.
"Suaminya
sudah keluar dari rumah sebab tak tahan bau bangkai. nak tolong isteri,
jauh sekali. Yelah, sama-sama muda, isteri tak boleh pakai, keluarlah
rumah," jelas si ibu.
Dalam
keadaan serba salah, Pakcik Hassan menjelaskan bahawa isteri dia belum
datang. Tetapi ibu perempuan itu merayu-rayu agar anaknya dibantu. Sudah
pergi ke hospital tetapi hendak dipotongnya tombong itu. Entah dan
tidak pasti sama ada itu memang jalan terakhir atau tidak.
Pakcik
Hassan pun pergi ke farmasi untuk membeli sarung tangan dan beberapa
perkakasan lain. Kemudian balik semula ke biliknya untuk memulakan
rawatan (rawatan pertama dan terakhir kes sebegini yang Pakcik Hassan
buat atas sebab belas kasihan).
Selesai
menyiapkan diri, Pakcik Hassan tolak tombong itu masuk ke dalam! Akibat
terlampau sakit, perempuan muda itu pengsan. Selepas diurut, ditungku
dan disapu ubat, 30 minit kemudian barulah perempuan itu sedarkan diri.
Tahu apa perkataan pertama yang keluar dari mulut dia?
"Nak nasi, pakcik."
Rupa-rupanya sebab tak tertanggung sakit keluar tombong, jadi sampai tak lalu makan beberapa hari. Kasihan betul.
Bila
dengar cerita Pakcik Hassan, memang boleh naik bulu roma menahan ngeri.
Bersalin pun sakit, ini pula tombong ditolak masuk ke dalam semula
dengan cara paksa. Tidaaakkk!! Tiba-tiba rasa jelly-jelly kaki.
Apa
kisahnya selepas itu? Saya pun tak tahu, tak tanya pula Pakcik Hassan
sama ada dia ada bertemu semula dengan perempuan muda itu atau tidak.
Saya harap ibunya sedar betapa pentingnya yang 'kolot' ini.
KISAH 3
Jagalah
diri dan kesihatan dalaman baik-baik. Saya pernah rasa sakit rahim
jatuh (belum sampai tahap tombong), sakit urat yang teruk, meroyan
hampir hilang akal.
Walaupun ada mak dan mak mentua yang banyak berpesan, tetapi sebagai orang muda, kita ada waktu sombong kita juga.
Banyak
jamu dan ubat yang dijual di pasaran. Boleh pilih mana yang terbaik.
Saya sendiri pun sudah mencuba pelbagai jenama sebelum kena bising
dengan mak. Ada yang serasi, ada yang tidak. Tetapi yang penting dah
tahu perbezaan dan kesan pada badan.
Antara jamu yang pernah digunakan:
- Saya suka Jamu Susuk Dara sebab saya beli, makan mengikut nasihat yang diberikan oleh seller yang peramah orangnya dan baik.
- NR pun saya pernah cuba. Dapat hadiah dari sepupu abang ipar. Saya serasi dengan produk tersebut. Consultation pun saya dapat dengan betul.
- Ambar Kenanga juga pernah dimakan tetapi tidak serasi. Tak pasti sama ada jenama ini masih wujud atau sebaliknya.
- Mak Dara juga pernah dimakan. Terlampau panas dan sentiasa dahaga. Kesibukan bekerja pada waktu itu membuatkan saya selalu terlupa minum air. Juga tidak pasti sama ada jenama ini masih wujud atau sebaliknya.
- Makjun homemade paling serasi dan berkesan dengan saya adalah dari Terengganu. Makcik abang ipar yang buat. Tapi sekarang dah tak buat. Sayangnya.
- Makjun Mekah pun saya pernah makan. Serasi juga tetapi selalu lupa simpat, jadinya naik berkulat. Tetapi sekarang saya lebih selesa bercemu.